KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

Berkhidmat Untuk Anda. Sentiasa di Concorde.

Di Concorde Hotel Shah Alam, kami berasa bangga untuk memastikan penginapan anda dinikmati selancar yang mungkin. Sebenarnya terdapat lebih banyak perkara yang mampu kami tawarkan.
Di sebalik khidmat pelanggan yang cemerlang dan bilik moden yang anggun,
kemudahan tambahan kami menepati semua keperluan yang anda harapkan daripada sebuah Hotel Perniagaan. Ini termasuklah:

  • Perkhidmatan Ulang-alik Secara Percuma
  • Pusat Perniagaan
  • Khidmat Tetamu / Perkhidmatan Lain
  • Kolam Renang
  • Kilos Fitness Centre
  • Kedai Serbaneka Concorde
  • Alammi Spa
_MG_3014

Perkhidmatan Ulang-alik Secara Percuma

Perkhidmatan ulang-alik percuma ditangguhkan buat sementara waktu sehingga pemberitahuan selanjutnya untuk penjarakkan sosial.

 

Dikemas kini pada 15 Jun 2021.

img2

Pusat Perniagaan

Pusat Perniagaan kami terletak di tingkat bawah hotel. Menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pengembara perniagaan, kami dengan sukacitanya membantu anda.

Perkhidmatan termasuklah:

  • Kemudahan Komputer / Internet
  • Perkhidmatan Kurier
  • Pengaturan Hotel / Perjalanan
  • Projektor
  • Fotokopi / Faksimile
  • Perkhidmatan Kesetiausahaan
  • Stesen Kerja

 

Waktu Operasi:
Setiap Hari: 7 pagi – 11 malam

 

Dikemas kini pada 15 Jun 2021.

concierge

Khidmat Tetamu/ Perkhidmatan Lain

Pasukan kami yang berpengalaman merupakan sumber maklumat anda tentang Shah Alam, dan dengan sukacitanya memberikan bantuan tentang apa jua perkara yang berlegar dalam fikiran anda. Bantuan khidmat tetamu tersedia 24 jam sehari di Concorde Hotel Shah Alam
Perkhidmatan termasuklah:

 

  • Perkhidmatan Tiket Penerbangan
  • Doktor Bertugas Atas Panggilan (On Call)
  • Pertukaran Mata Wang Asing
  • Dobi dan Cucian Kering
  • Sewa Limousin
  • Mel dan Maklumat
  • Bantuan Perjalanan & Pelancongan
  • Perkhidmatan Valet
  • Tempat Letak Kereta Berbilang Tingkat
  • Bilik Bankuet & Bilik Mesyuarat
  • Musholla / Surau
  • Perkhidmatan Bilik 24 Jam Sehari
  • Salun Rambut & Kecantikan

 

Dikemas kini pada 15 Jun 2021.

location2

Kolam Renang  

Sepertimana yang dimaklum, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penyambungan sekatan pergerakan penuh (FMCO) diseluruh negara, kolam renang DITUTUP dari 15 – 28 Jun 2021.

Selamat datang ke kelab kecergasan dan spa dengan perkhidmatan lengkap di hotel kami. Di sini terdapat kolam renang kami yang besar, anda boleh berenang dengan tenang atau membuat beberapa pusingan yang tangkas. Kolam renang kanak-kanak juga turut disediakan.

Lokasi: Tingkat 3

Kolam Renang Dewasa Kanak-kanak
Panjang kolam (m) 25.0 8.0
Lebar kolam (m) 13.0 4.0
Kedalaman kolam (m) 1.45 0.45

 

Waktu operasi:
Isnin – Jumaat: 9 pagi – 8 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9 pagi – 7 malam

 

Terma & Syarat:

  • Tetamu HARUS mematuhi garis panduan Kerajaan Malaysia dan Hotel demi keselamatan tetamu lain, warga kerja hotel & komuniti.
  • Pihak pengurusan hotel berhak untuk membuat sebarang perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
  • Sebarang pelanggaran terma & syarat di atas boleh menyebabkan akses ke kawasan kolam renang ditolak.

 

Dikemas kini pada 15 Jun 2021.

Kilos Fitness Centre

Kilos Fitness Centre 

Sepertimana yang dimaklum, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penyambungan sekatan pergerakan penuh (FMCO) diseluruh negara, Kilos Fitness Centre DITUTUP dari 15 – 28 Jun 2021.

Jejakkan kaki anda ke gim kami yang baharu diubah suai dan mempunyai kelengkapan penuh! Keahlian membolehkan anda menggunakan semua kemudahan, termasuklah:

  • Gim uniseks dengan kelengkapan penuh
  • Gim persendirian untuk wanita
  • Penyambut tetamu yang mesra dan jurulatih berkelayakan
  • Bilik wap & sauna yang besar
  • Lokar & tuala disediakan
  • Tempat letak kenderaan percuma selama 3 jam
  • Diskaun 10% di restoran Hotel (kecuali semasa bulan Ramadan)

 

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 9 pagi – 8 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9 pagi – 7 malam

 

  • Gim dibuka kepada tetamu dewasa berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
  • Bilik wap dan sauna ditutup sehingga diberitahu kelak.

 

Dikemas kini pada 15 Jun 2021.

img6

Medan Beli-belah

Concorde Convenience Store

Waktu Operasi:
Setiap Hari: 11 pagi – 8 malam

 

Dikemas kini pada 15 Jun 2021.

alami-spa_HiRes

Alammi Spa

Sepertimana yang dimaklum, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penyambungan sekatan pergerakan penuh (FMCO) diseluruh negara, Alammi Spa DITUTUP dari 15 – 28 Jun 2021.

Penginapan di Hotel Perniagaan mempunyai keistimewaannya. Terletak di Tingkat 3, Alammi Spa menyediakan pengalaman mengasyikkan diiringi dengan aneka rawatan yang bakal menyemarakkan deria anda. Rasai pemulihan sebenar apabila anda menikmati teknik Melayu tradisional yang diamalkan oleh pakar urut kami.

 

Waktu Operasi:
Setiap Hari: 11 pagi – 7 malam
Tel: +603 5520 8000 Sambungan: 2251

 

Dikemas kini pada 15 Jun 2021.