Bilik Dan Suite
Concorde Hotel Shah Alam mempunyai 381 buah bilik, daripada kategori bilik Deluxe sehinggalah kepada Shah Alam Suite. Bilik Premier, Premier Executive dan Premier Suite yang eksklusif menyerlahkan keselesaan yang mewah diiringi pula dengan perkhidmatan yang diperibadikan.
Selain dilengkapi dengan Wi-Fi untuk berbilang peranti, setiap bilik kami turut mempunyai:
- Bar mini
- Pengering rambut
- Penyaman Udara
- Pancuran & tab mandi
- Kelengkapan dandanan diri
- Peti deposit selamat di dalam bilik
- Telefon Dail Terus Antarabangsa
- Kemudahan membancuh kopi & teh secara percuma
- Televisyen dengan saluran video dalaman, saluran tempatan dan saluran satelit terpilih