Kenali Kami

Ketenangan yang dialu-alukan. Sentiasa di Concorde.

Daripada pantai berpasir putih sehinggalah kepada hutan purba, Malaysia ialah tempat yang berkepelbagaian dan menarik. Maka, memang wajar jika hotelnya turut mempunyai ciri-ciri tersebut. Untuk menikmati suasana yang eksotik dan cita rasa yang mewah, pilihlah Concorde.

Hotel yang memenangi anugerah dan terletak di pusat bandar raya Shah Alam, Hotel Perniagaan kami yang mewah dan bertaraf antarabangsa tersergam indah di tengah-tengah kota ini. Sangat berdekatan dengan Masjid Biru yang menggamit inspirasi dan tidak jauh pula dari 4 buah padang golf yang bertaraf dunia, meluangkan masa untuk berehat daripada jadual perniagaan anda yang sibuk tidak pernah semudah ini.

Terletak hanya 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Concorde Hotel Shah Alam menyediakan 381 buah bilik dan suite. Setiap bilik dilengkapi dengan hiasan yang elegan serta menawarkan pelbagai jenis kemudahan moden bagi memastikan anda menikmati penginapan penuh ketenangan, termasuklah penyaman udara sepenuhnya dan akses Wi-Fi secara percuma.

Bagi memenuhi selera anda, kecapi aroma dan cita rasa pelbagai jenis hidangan yang disediakan oleh lima buah tempat makan dan minum kami yang unik. Concorde Hotel Shah Alam merupakan satu-satunya hotel di bandar raya ini yang dengan bangganya memperoleh tiga pengiktirafan sijil HALAL untuk dapurnya (Pastri, Melting Pot Café & Dapur Utama).

Penginapan selesa disulami kenangan indah. Sentiasa di Concorde.