Close this notice
HomeLocationRooms & SuitesDiningMeetings & EventsWeddingsPromotionsFacilities & ServicesNewsPhotosFrequent FlyerContact
Reservations
Reservations
Hotel:
Arrival Date:  
Departure Date:  
Access Code/IATA Code:
 
 
Check Availability
Cancel Reservation
More Options/Languages
Best Rate Guarantee

Back to Speeches page

25th Nov 2010

Teks Ucapan Sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim & Ibu Tunggal

­­PRESS RELEASE

 

TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM & IBU TUNGGAL 25 OGOS 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt wbt. dan salam sejahtera.

Buah pauh di tengah bendang,

Jadi dagangan di tengah laman;

Saudara jauh datang bertandang,

Concorde Hotel Shah Alam alu-alukan,

Izinkan saya memulakan ucapan pada petang ini dengan memanjangkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmat-Nya lah kita semua dapat bersama-sama menghadiri majlis kebajikan tahunan anjuran Concorde Hotel Shah Alam iaitu Majlis Berbuka Puasa Bersama-Sama Anak-Anak Yatim Dan Ibu-Ibu Tunggal sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Bagi pihak seluruh warga Concorde Hotel Shah Alam, saya ingin  mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian tan sri, puan sri, dato-dato, datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan hadir ke majlis pada petang ini. Kehadiran anda sekalian amat bermakna sekali buat kami kerana selain menyerikan lagi majlis ini, ia juga membuktikan wujudnya hubungan erat dan mesra di antara kami.

Majlis pada petang ini diadakan sebenarnya adalah untuk dua tujuan, pertamanya pihak Concorde Hotel Shah Alam berhajat untuk menyampaikan sedikit bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik iaitu dari kalangan anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. Diharap dengan bantuan dan sumbangan tersebut, bulan Ramadan dan seterusnya Syawal yang menjelang akan menjadi lebih bermakna kepada mereka dan dapat disambut dalam suasana yang lebih ceria. Keduanya adalah untuk memberi peluang kepada kita untuk beramah mesra.

Para hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Ramadan Al-Mubarak kini kembali memberkati kehidupan kita semua. Ianya merupakan satu bulan yang mana Allah S.W.T telah memberi pelbagai kelebihan dari segi ibadat kepada umat Islam. Rasullah S.A.W telah menjelaskan tentang kelebihan Ramadan melalui sabdanya yang bermaksud “Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan berihtisab, maka akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.” (riwayat Bukhari dan Muslim). Oleh yang demikian, setiap hari di bulan Ramadan adalah  peluang keemasan kepada sekalian umat Islam memperoleh kerahmatan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dalam bulan yang mulia ini.

Kita juga dapat melihat pelbagai pihak yang bersama Concorde Hotel Shah Alam, biarpun individu mahupun syarikat korporat dari pelbagai agama dan kaum turut menggembleng tenaga memberikan pelbagai sumbangan pada petang ini. Ini ialah satu realiti hubungan antara kaum yanag menakjubkan dan merupakan satu keunikan yang wajar terus dipupuk dalam usaha mengukuhkan lagi semangat 1 Malaysia.

Malam ini ialah malam ke-15 Ramadhan. Dengan itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dengan azam dan tekad untuk menjadikannya yang terbaik mungkin. Diharap kita semua dapat meningkatkan lagi amalan pada malam-malam Ramadhan ini dan seterusnya marilah kita sama-sama memohon doa agar berkat berpuasa yang kita lalui sepanjang Ramadan Al-Mubarak ini akan memantapkan lagi hubungan sesama kita, baik sebagai rakan sekerja, sahabat handai dan seterusnya sesama kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini untuk bekerja bersama-sama memakmurkan bumi Allah dengan penuh keikhlasan. Insya-allah.

Para hadirin dan hadirat sekalian,

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini baik secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya pihak Concorde Hotel Shah Alam. Semoga kerjasama erat seperti yang ditunjukkan dalam penganjuran majlis ini dapat kita teruskan lagi di masa akan datang. Saya mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Juga, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja………..………………………………, adik-adik dari Rumah Amal Anak Yatim Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor dan ibu-ibu tunggal Ulu Gombak yang sudi bersama kita untuk menyerikan lagi majlis.

Sungai disusur sehari-hari,

Dalam gelap menangkap ikan;

Mari menyusun sepuluh jari,

Salah dan silap harap maafkan.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum wrt. wbt.

Terima kasih.

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Cik Shanaz – Pengurus Perhubungan Awan – 012-332 5999

Terima kasih.

 

Back to Speeches page

New Promotions

Hot Pot Nabe
Hot Nabe. The Japanese hot pot dish for all Japanese food lovers out there

Learn more...

Red Allert
Mocktail "Red Alert"

Learn more...

Mini Pizzaria
Pizzaria Dough

Learn more...

Glorious Selangor
Delicios of Selangor's Food

Learn more...