MESYUARAT & ACARA

Hotel kami menyediakan kemudahan mesyuarat yang menyeluruh, terdiri daripada 12 buah bilik majlis, berserta dengan dewan besar yang dapat menampung sehingga 700 orang tetamu. Menampilkan salah sebuah kemudahan mesyuarat dan majlis yang tercanggih dalam negara, Concorde Hotel Shah Alam memberikan jaminan bahawa acara anda akan mencapai kejayaan yang gemilang.

Grand Ballroom

Pakej Seminar

Pasukan catering kami yang berpengalaman sentiasa bersiap sedia untuk membantu anda membuat perincian perancangan. Apa jua keraian dan menu pilihan anda, anda pasti yakin dengan tahap profesionalisme pasukan kami.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pasukan Katering kami:

Concorde Hotel Shah Alam
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tel: +603 5520 8000
Faks: +603 5512 2210
E-mel: catering-chsa@concorde.net

Birthday Party

Pakej Sambutan Hari Jadi

Merancang sambutan hari jadi untuk cahaya mata anda memang bukan perkara yang mudah. Memasang perhiasan, membuat persediaan tempat, mengatur makanan dan hiburan; memanglah tugas yang besar. Maka, izinkan kami untuk mengambil alih semua kesukaran itu. Pasukan profesional kami sentiasa bersiap sedia untuk memastikan sambutan hari jadi cahaya mata anda dipenuhi dengan keseronokan dan kenangan, dengan pakej sambutan hari jadi kanak-kanak kami yang merangkumi:

  • Pek dan topi parti untuk kanak-kanak
  • Hiasan belon
  • Penggunaan bilik majlis, maksimum selama 5 jam
  • Latar pentas percuma
  • Hiburan daripada badut (arca belon dan permainan) – Ahad sahaja
  • Penggunaan sistem siar raya (PA) secara percuma
  • Kek hari jadi 2kg secara percuma
  • Papan tanda digital (dengan foto) secara percuma di lobi hotel
  • Satu (1) tempat letak kenderaan VIP secara percuma
  • Penggunaan taman permainan dalaman secara percuma
  • Penyediaan bufet untuk dewasa dan kanak-kanak

Pilihan:

  • Hiasan bertema boleh disediakan dengan caj tambahan. Untuk mendapatkan perincian, sila hubungi Jabatan Katering kami di talian +603 5520 8000 sambungan 2122.
  • Tetamu boleh memilih untuk mengadakan sambutan hari jadi di Melting Pot Café, yang boleh menampung sehingga 80 orang jemputan, atau di Pavilion (kawasan terbuka) yang boleh menempatkan sehingga 100 orang jemputan dan hanya sah semasa segmen Minum Lewat Petang (Hi-Tea) pada hari Jumaat hingga Ahad (12.00 tengah hari – 4.30 petang)
  • Secara alternatif, tetamu boleh mengadakan sambutan hari jadi cahaya mata mereka di tempat persendirian yang boleh menampung minimum 50 dewasa, iaitu semasa segmen Minum Lewat Petang (Hi-Tea) dari pukul 2.00 petang – 5.00 petang setiap hari
  • Pilihan menu bufet, pakej bermula daripada RM105.00++ bersih seorang

Terma:

  • Kanak-kanak yang mengambil bahagian mestilah berumur antara 1-12 tahun.
  • Bilangan minimum 50 dewasa hendaklah turut hadir dalam majlis – maksimum 50 kanak-kanak akan diberikan diskaun 50%.
  • Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal.
  • Deposit 60% yang tidak boleh dibayar balik diperlukan untuk mengesahkan tempat.
  • Harga yang disebut adalah bersih dan tertakluk kepada sifar GST

Hubungi pakar hari jadi kami di talian: Tel: +603 5520 8000 sambungan 2122 atau e-melkan pertanyaan anda ke catering-chsa@concorde.net

Dimensi & Kapasiti Bilik

Pakej Mesyuarat