LOKASI

Ibu negeri Selangor, iaitu bandar raya Shah Alam, terletak 25km ke arah Barat Kuala Lumpur. Shah Alam merupakan bandar terancang yang pertama di Malaysia setelah kemerdekaan daripada pihak British pada tahun 1957, dan kekal sebagai bandar raya indah lagi bersejarah sehingga hari ini.

Concorde Hotel Shah Alam terletak 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Maklumat Perjalanan

Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara, dengan kawasan tanah seluas 330,200 km².

Dilimpahi kebudayaan indah yang kaya dan pelbagai, negara ini mempunyai gabungan menarik kelompok Melayu, Cina, India dan pelbagai kumpulan orang asli, dengan populasi berjumlah 28 juta orang.

Cara Sampai ke Sini

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kedudukan Concorde Hotel Shah Alam berdekatan dengan pelbagai mercu tanda, termasuklah:

  • Masjid Biru
  • Taman Tema Sunway Lagoon
  • Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah
  • i-City
  • Padang Golf

Lebih 25 buah syarikat penerbangan utama menawarkan perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, manakala Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang menghubungkan negara ini dengan bahagian lain dalam dunia melalui laluan laut.

Mengembara menggunakan kereta api di dalam Malaysia merupakan kaedah pengangkutan yang paling popular, kerana perjalanan dengan pemandangan yang cantik sememangnya terjamin. Jika anda membuat keputusan untuk melakukan perjalanan dengan kereta api di Malaysia, perjalanan menggunakan Express Rail Link (ERL) ke KL Sentral berharga RM35 seorang.

Taman Sukan Lasak Shah Alam

Taman Sukan Lasak Shah Alam, sebuah pusat sukan untuk sukan ekstrem, disediakan untuk anak muda yang meminati kegiatan fizikal berbentuk alternatif. Pusat itu, terbentang di dalam kawasan seluas 5.2 hektar di Seksyen 13 sebagai sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang terdiri daripada Stadium Shah Alam, Stadium Tertutup Malawati dan Litar Go-Kart Shah Alam, dilengkapi dengan enam buah gelanggang futsal, kawasan aktiviti bola cat (paintball), gelanggang papan selaju, kawasan menunggang basikal, padang ragbi, taman batu tongkol serta kemudahan memanjat tembok.

Waktu Buka: 
10.00 pagi – 11.00 malam (Setiap Hari)

Lokasi: 
Seksyen 13, Shah Alam Klik di sini untuk melihat peta

Cara Sampai ke Sana: 
Dari Concorde Hotel Shah Alam, dapatkan teksi di Khidmat Tetamu untuk perjalanan pendek 6 minit ke Taman Sukan Lasak Shah Alam.

Jam buka: 10.00am – 11.00pm (Daily)

Lokasi: Section 13, Shah Alam

Menuju Ke Sana: From Concorde Hotel Shah Alam, get a taxi at Concierge for a short 6 minutes ride to Shah Alam Extreme Park.

Medan Beli-Belah

Shah Alam mempunyai beberapa buah pusat beli-belah misalnya Plaza Alam Sentral, Plaza Mall Shah Alam (Masalam), Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Shah Alam City Centre Mall (SACC).

Waktu Buka: 
10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap Hari)

Jam buka: 10.00am - 10.00pm (Daily)

Pasar Raya Besar

Jika anda ingin membeli barangan secara pukal, anda boleh mengunjungi pasar raya besar seperti Giant, Carrefour, Tesco dan Tesco Extra.

Waktu Buka: 
10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap Hari)

Jam buka: 10.00am - 10.00pm (Daily)

Bazar Larut Malam Uptown

Apakah cara terbaik untuk mengalami sendiri kehidupan dan makanan tempatan apabila melawati sesebuah negara Asia? Kunjungi bazar larut malam Uptown di Shah Alam! Tidak jauh dari Hotel Perniagaan kami, Uptown merupakan tempat terbaik yang menawarkan pelbagai jenis produk daripada pakaian, cenderamata, kasut, beg sehinggalah kepada permainan dan perkhidmatan.

Waktu Buka:
8.00 malam – 3.00 pagi (Setiap Hari)

Jam buka: 8.00pm - 3.00am (Daily)

Masjid Biru

Popular dengan nama ‘Masjid Biru’, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan salah sebuah struktur yang menakjubkan di negara ini. Menyerlahkan menara masjid yang tertinggi di dunia, bangunan itu juga mempunyai seni bina dalaman yang mengagumkan. Terletak bertentangan dengannya ialah Taman Seni Islam, sebuah taman dengan landskap yang indah, mempamerkan seni kaligrafi, lukisan dan arca.

Waktu Buka: 
Setiap Hari

Nota:
Jika anda bukan beragama Islam, anda boleh mengunjungi masjid antara waktu sembahyang, hanya pastikan anda memakai pakaian yang sopan. Masjid ditutup kepada pelancong sepanjang bulan Ramadan.

Lokasi: 
Persiaran Masjid, Shah Alam Klik di sini untuk melihat peta

Cara Sampai ke Sana:
Dari Concorde Hotel Shah Alam, dapatkan teksi di Khidmat Tetamu untuk perjalanan pendek 6 minit ke Masjid Biru.

Jam buka: Daily Note: If you are Non- Muslim, you can visit the mosque between the prayer times but make sure to wear decent clothes. The mosque is closed to public during Ramadhan.

Lokasi: Persiaran Masjid, Shah Alam

Menuju Ke Sana: From Concorde Hotel Shah Alam, get a taxi at Concierge for a short 6 minutes ride the Blue Mosque.

Kota Lampu Digital (i-City)

i-City dikenali sebagai kota lampu digital, destinasi pelancongan pemandangan cahaya yang pertama di Malaysia dengan pameran teknologi LED terkini. Bandar digital ini turut merangkumi lorong membeli-belah yang bergaya serta dilengkapi dengan taman tema untuk memenuhi keperluan pengunjung yang mencari tempat untuk bersantai. Perbandaran ini mempunyai infrastruktur berteknologi tinggi yang mampu menampung pameran lampu digital yang unik. Tempat menarik ini terletak di kawasan CityPark dan CityWalk.

Bayaran Masuk:
RM10.00 setiap kereta

Waktu Buka: 
Setiap Hari

Lokasi: 
CityPark, Shah Alam. Klik di sini untuk melihat peta

Cara Sampai ke Sana: 
Dari Concorde Hotel Shah Alam, dapatkan teksi di Khidmat Tetamu untuk perjalanan lebih kurang 12 minit ke CityPark.

Laman Web Rasmi: 
http://i-city.my

Jam buka: Daily

Lokasi: CityPark, Shah Alam

Menuju Ke Sana: From Concorde Hotel Shah Alam, get a taxi at Concierge for about 12 minutes ride to the CityPark.

Offical Website: http://i-city.my

Tempat Menjamu Selera

Jika anda inginkan pilihan makanan selain yang kami tawarkan di Concorde Hotel Shah Alam, terdapat banyak restoran dalam jarak berjalan kaki dari hotel kami seperti Restoran Arab Zam Zam, Restoran Pelita Nasi Kandar, Famous Thai, Restoran Cili Merah, Subway, Domino’s Pizza, McDonald’s dan Starbucks, sekadar menamakan beberapa pilihan.

Untuk peminat makanan Arab, Restoran Zam Zam sememangnya lain daripada yang lain. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis masakan Arab yang lazat, misalnya Shish Tawook, Nasi Mandy Ayam, Nasi Madghut Kambing, Hummus, Kebab dan senarainya berterusan.

Untuk pengunjung yang menyukai pencuci mulut, anda boleh mencuba pilihan kek terbaik di Secret Recipe atau aneka donat yang segar di Krispy Kreme atau ais krim dengan pelbagai perisa di Baskin Robbins.

Pergi ke Peta