KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

Berkhidmat Untuk Anda. Sentiasa di Concorde.

Di Concorde Hotel Shah Alam, kami berasa bangga untuk memastikan penginapan anda dinikmati selancar yang mungkin. Sebenarnya terdapat lebih banyak perkara yang mampu kami tawarkan.
Di sebalik khidmat pelanggan yang cemerlang dan bilik moden yang anggun,
kemudahan tambahan kami menepati semua keperluan yang anda harapkan daripada sebuah Hotel Perniagaan. Ini termasuklah:

  • Perkhidmatan Ulang-alik Secara Percuma
  • Pusat Perniagaan
  • Khidmat Tetamu / Perkhidmatan Lain
  • Kolam Renang
  • Kilos Fitness Centre
  • Butik Asha Karim Collection
  • Kedai Serbaneka Concorde
  • Nabies Collection Wedding Planner
  • Smart Tailor
  • Alammi Spa
_MG_3014

Perkhidmatan Ulang-alik Secara Percuma

Tetamu Concorde Hotel Shah Alam menikmati akses mudah ke pelbagai tempat tarikan di bandar raya dengan adanya perkhidmatan ulang-alik percuma kami. Membeli-belah, berhibur dan bersantai semuanya dalam capaian mudah anda.

Klik di sini untuk melihat jadual perkhidmatan ulang-alik

img2

Pusat Perniagaan

Pusat Perniagaan kami terletak di tingkat bawah hotel. Menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pengembara perniagaan, kami dengan sukacitanya membantu anda.

Perkhidmatan termasuklah:

  • Penjilidan Buku
  • Kemudahan Komputer / Internet
  • Perkhidmatan Kurier
  • Mengimlak / Menaip
  • Pengaturan Hotel / Perjalanan
  • Projektor Overhed dan Slaid
  • Fotokopi / Faksimile
  • Perkhidmatan Kesetiausahaan
  • Stesen Kerja

Waktu Urusan:
Isnin hingga Ahad: 7.00 pagi hingga 11.00 malam

concierge

Khidmat Tetamu/ Perkhidmatan Lain

Pasukan kami yang berpengalaman merupakan sumber maklumat anda tentang Shah Alam, dan dengan sukacitanya memberikan bantuan tentang apa jua perkara yang berlegar dalam fikiran anda. Bantuan khidmat tetamu tersedia 24 jam sehari di Concorde Hotel Shah Alam
Perkhidmatan termasuklah:

  • Perkhidmatan Tiket Penerbangan
  • Doktor Bertugas Atas Panggilan (On Call)
  • Pertukaran Mata Wang Asing
  • Dobi dan Cucian Kering
  • Sewa Limousin
  • Mel dan Maklumat
  • Bantuan Perjalanan & Pelancongan
  • Perkhidmatan Valet
  • Tempat Letak Kereta Berbilang Tingkat
  • Bilik Bankuet & Bilik Mesyuarat
  • Musholla / Surau
  • Perkhidmatan Bilik 24 Jam Sehari
  • Salun Rambut & Kecantikan
  • Pengiring Tetamu Berbilang Bahasa
location2

Kolam Renang  

Selamat datang ke kelab kecergasan dan spa dengan perkhidmatan lengkap di hotel kami. Di sini terdapat kolam renang kami yang besar, anda boleh berenang dengan tenang atau membuat beberapa pusingan yang tangkas. Kolam renang kanak-kanak juga turut disediakan.

Lokasi: Tingkat 3

Kolam Renang Dewasa Kanak-kanak
Panjang kolam (m) 25.0 8.0
Lebar kolam (m) 13.0 4.0
Kedalaman kolam (m) 1.45 0.45

 

Waktu urusan:
Isnin hingga Jumaat: 6.30 pagi hingga 9.00 malam
Sabtu & Ahad: 7.00 pagi hingga 7.00 malam

Kilos Fitness Centre

Kilos Fitness Centre 

Jejakkan kaki anda ke gim kami yang baharu diubah suai dan mempunyai kelengkapan penuh! Keahlian membolehkan anda menggunakan semua kemudahan, termasuklah:

  • Gim uniseks dengan kelengkapan penuh
  • Gim persendirian untuk wanita
  • Kelas aerobik termasuklah yoga, latihan litar & tarian kardio
  • Penyambut tetamu yang mesra dan jurulatih berkelayakan
  • Bilik wap & sauna yang besar
  • Lokar & tuala disediakan
  • Tempat letak kenderaan percuma selama 3 jam
  • Hidangan ringan setiap Sabtu mulai 1.00 tengah hari hingga 6.00 petang
  • Diskaun 10% di restoran Hotel (kecuali semasa bulan Ramadan)

Waktu Urusan:-
Isnin hingga Jumaat: 6.30 pagi hingga 10.00 malam
Sabtu & Ahad: 7.00 pagi hingga 8.00 malam
Cuti Umum: 9.00 pagi hingga 7.00 malam
Kelab dibuka kepada tetamu dewasa berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.

img6

Medan Beli-belah

Concorde Convenience Store
11.00 pagi hingga 9.00 malam, setiap hari

Smart Tailor
9.30 pagi hingga 8.30 malam, Isnin – Jumaat
10.00 pagi hingga 6.30 malam, Sabtu
Ahad melalui janji temu sahaja
Ditutup pada cuti umum

Nabies Collection Wedding Planner
12.00 tengah hari hingga 8.00 malam, Isnin – Jumaat
Sabtu dan Ahad melalui janji temu sahaja
Ditutup pada Cuti Umum

Asha Karim Collection
10.00 pagi hingga 8.00 malam, Isnin – Ahad

alami-spa_HiRes

Alammi Spa

Penginapan di Hotel Perniagaan mempunyai keistimewaannya. Terletak di Tingkat 3, Alammi Spa menyediakan pengalaman mengasyikkan diiringi dengan aneka rawatan yang bakal menyemarakkan deria anda. Rasai pemulihan sebenar apabila anda menikmati teknik Melayu tradisional yang diamalkan oleh pakar urut kami.

Waktu Urusan:
Selasa hingga Jumaat: 11.00 pagi hingga 9.00 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 11.00 pagi hingga 8.00 malam
Tel: +603 5520 8000 Sambungan: 2251