JAMU SELERA

Pilihan restoran yang terbaik tersedia untuk anda menjamu selera di Concorde Hotel Shah Alam. Rasai kelazatan hidangan Jepun atau nikmati secawan dua kopi di salah sebuah ruang istirahat kami yang unggul. Apa jua pilihan anda, anda pasti menyukai pengalamannya.

Sentiasa di Concorde.

Melting Pot Café

Terletak di tepi lobi hotel yang sibuk, Melting Pot Café dibuka untuk menerima kunjungan anda. Menyajikan campuran masakan tempatan, Amerika dan Kontinental, kafe kami boleh menempatkan sehingga 180 orang tetamu, dengan pilihan tempat duduk di ruangan dalam atau luar bergantung kepada suasana yang anda ingini.

Bufet sarapan, makan tengah hari dan makan malam menawarkan pelbagai pilihan yang lazat.

 

Waktu Operasi Kapasiti Kod Pakaian Kuisin
6 pagi – 2 pagi

Bufet Makan Tengah Hari:
12 tengah hari – 2.30 petang (Isn – Kha)

Bufet Makan Malam:
7.00 malam – 10.30 malam, setiap hari

Bufet Minum Lewat Petang (Hi-Tea):
12 tengah hari – 4.30 petang (Jum, Sab, Aha & Cuti Umum sahaja)

180 Kasual Asia dan Kontinental

Tel: +603 5520 8000 Ext: 2210

Pavilion Terrace

Dengan inspirasi daripada seni bina tradisional Melayu, Pavilion Terrace kami diserlahkan dengan lekapan dan hiasan tradisional untuk mewujudkan pengalaman Asia Tenggara yang asli. Menyerlahkan cita rasa yang elegan, Pavilion Terrace menyediakan ruangan untuk beristirahat setelah sibuk seharian di tempat kerja.

Pavilion memenuhi keperluan setiap individu dan mempunyai kapasiti tempat duduk untuk 100 orang tetamu.

Waktu Operasi Kapasiti Kod Pakaian Hidangan yang Disajikan
6am – 2am 110 Kasual Gabungan Tempatan dan Antarabangsa

Tel: +603 5520 8000 Ext: 2210

Raku-Xin Jepun

Reka bentuk purba di RakuXin Restaurant – dengan panel bambu yang tradisional dan jubin batu loh menyerlahkan aura kedesaan – menggabungkan suasana Jepun dan Cina yang tradisional untuk menampilkan persekitaran yang terbaik bagi para pengunjung kami. Restoran kami menawarkan pelbagai jenis hidangan asli Asia, dengan pilihan hidangan tradisional Cina dan Jepun.

RakuXin boleh menempatkan maksimum 64 orang tetamu di ruang makan utama, 2 buah bilik makan persendirian “Tatami” disediakan untuk menampung 4-16 orang tetamu di setiap bilik.


Tel: +603 5520 8000 Ext: 2260

Waktu Operasi Kapasiti Kod Pakaian Hidangan yang Disajikan
Isnin – Sabtu

12.00 tengah hari – 8.00 malam

Ahad & Cuti Umum TUTUP

60 Kasual Kemas Masakan Jepun

Crossroads Lounge

Crossroads menyajikan pilihan koktel dan hidangan ringan yang menarik. Cukup sesuai untuk bersantai dengan kawan-kawan atau rakan perniagaan. Persembahan secara langsung oleh kumpulan muzik residen menghiburkan tetamu pada waktu petang dari Isnin hingga Sabtu, menjadi tempat yang sempurna untuk bersantai menghabiskan masa atau berehat setelah seharian bekerja.

Peminat sukan juga dapat menyaksikan rancangan sukan yang terlepas serta menonton siaran langsung menerusi beberapa buah skrin TV kami yang tersedia.
Tel: +603 5520 8000 Ext: 2240

Waktu Operasi Kapasiti Kod Pakaian Hidangan yang Disajikan
9.00 pagi – 1.00 pagi, setiap hari 120 Kasual Kemas Koktel, minuman keras, jus dan minuman ringan

Grand Patio & Orchid Room

Dengan kelengkapan dan hiasan yang anggun, 2 buah bilik majlis kami yang baharu menyediakan tempat yang sangat sesuai, untuk apa jua jenis keraian. Setiap bilik dihiasi dengan penampilan kontemporari yang mengagumkan, skema warna yang hangat menawarkan ruangan yang moden dan mesra untuk menjalankan urusan perniagaan atau mengadakan sambutan penuh bergaya.

Grand Patio kami selesa untuk menempatkan sehingga 150 orang tetamu dengan susunan teater atau meja bulat, dan dilengkapi sepenuhnya dengan sistem hiburan; sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, seminar, sambutan hari jadi, persidangan dan banyak lagi.

Orchid Room boleh menempatkan sehingga 80 orang jemputan dan sesuai untuk tetamu yang inginkan persekitaran yang lebih nyaman dan persendirian untuk majlis anda.

Penawaran